Inilah 28 Kelebihan Bulan Rajab Yang Perlu Diketahui

Inilah 28 Kelebihan Bulan Rajab Yang Perlu Diketahui



Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disadari. Hanya Bulan Ramadhan dan Syawal saja yang kebanyakan kita sadar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rajab yang bisa dimanfaatkan oleh umat islam dengan memperbanyak ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rajab, niscaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rajab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rajab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rajab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rajab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rajab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rajab dihindarkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rajab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rajab, keluar kubur dengan muka bercahaya.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rajab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rajab, dibuka baginya delapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rajab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rajab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rajab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rajab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.


15. Puasa 20 hari pada bulan Rajab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16. Kelebihan bulan Rajab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rajab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rajab dan sedekahnya pada bulan Rajab seperti beribadah seribu Haji dan Umrah. Disediakan mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan RAjab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rajab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rajab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rajab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rajab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Barangsiapa berpuasa sebulan pada bulan Rajab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Berbahagialah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rajab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rajab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rajab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf ( ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim )


RAJAB bulan menabur benih. SYA'BAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai.

RAJAB menyucikan badannya. SYA'BAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya

RAJAB bulan taubat. SYA,BAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya jangan sampai ditinggalkan semuanya.